Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis . Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar,Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.
Monday, 4 June 2012
Pengenalan Nasi Lemak Di Muar
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).
Pengenalan Mee Siput Di Muar
Mi siput, iaitu sejenis mi yang berbentuk sanggul yang dikeringkan dan dihidang selepas digoreng juga terkenal di Muar. Mi siput sedap dimakan secara dicecah dengan sambal tumis. Pasar Muar ialah antara lokasi yang terbaik bagi mendapatkan bekalan mi siput kering.
Pengenalan Mee Bandung di Muar
Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor,Malaysia. Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D).
Bagi Mee Bandung pula ia adalah masakan gandingan mi dan telur sahaja pada ketika dahulu ia digelar sedemikian, di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering; sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran sekarang. Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai Mee Bandung Muar yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah adalah diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah.
Mi Bandung hendaklah tidak dikelirukan dan disalah-anggapkan berkaitan dan berasal dari Bandung, suatu tempat di Indonesia kerana kedua-duanya adalah tiada berkaitan langsung.
Pengenalan otak-otak
Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu "Otak-otak Terengganu" dan "Otak-otak Johor."
Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai 'spring roll'.
Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli.
Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penyediaan Sambal Otak-otak | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pengenalan sate di Muar.
Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.
Sate yang paling terkenal di Muar.
Sate yang paling terkenal di Muar.
Makanan Muar
Makanan Muar yang paling dikenali ialah Otak-otak, dodol Maharani, mee
bandung Muar, dan asam pedas Parit Jawa. Muar juga terkenal sebagai salah satu tempat di mana sate dihidangkan sebagai
sarapan pagi.
Selain itu,Mi siput, iaitu sejenis mi yang berbentuk sanggul yang dikeringkan dan dihidang selepas digoreng juga terkenal di Muar. Mi siput sedap dimakan secara dicecah dengan sambal tumis. Pasar Muar ialah antara lokasi yang terbaik bagi mendapatkan bekalan mi siput kering
Makanan Muar yang boleh terdapat di Jalan Maharani.
.
Selain itu,Mi siput, iaitu sejenis mi yang berbentuk sanggul yang dikeringkan dan dihidang selepas digoreng juga terkenal di Muar. Mi siput sedap dimakan secara dicecah dengan sambal tumis. Pasar Muar ialah antara lokasi yang terbaik bagi mendapatkan bekalan mi siput kering
.
Subscribe to:
Posts (Atom)